Kepada sesiapa yang hantar emel kat aku menerusi alamat kat sidebar kanan ni, ketahuilah bahawa aku selalu jugak reply emel sebenarnye. Tapi cuma emel berupa soalan yang agak penting, sebab selalunya emel-emel yang aku dapat adalah.. emm... emel yang membuatkan aku rasa agak kekok. Macam, "I suka sangat baca blog you, best sangat."
Emel macam ni aku suke je baca. Siapa tak suke kene puji. Selalunya aku balas terima kasih je. Tapi kalau puji panjang sangat, aku dah tak reti nak jawab. Jadi aku biar emel tu tak berbalas, dengan harapan nak balas besok-besok. Pastu lupa. Pastu bile teringat nak balas, dah malas nak geledah balik inbox. So begitulah riwayat emel-emel berbentuk pujian melambung. Tapi aku masih berterima kasih kat pembaca yang sudi menghantar emel. Ada yang siap hantar emel cerita masalah keluarga lagi. Itu lagila aku tak reti nak balas sebab aku tak rasa aku sesuai bagi nasihat memandangkan aku tak kenal si penghantar emel. Lagipun aku cuma dengar cerita tu dari sebelah pihak, jadi aku akan ada perasaan berat sebelah, maka aku akan terasa nak balas, "Kau bom je rumah mak mentua kau, habis cerita."
Tapi aku takla balas macam tu. Haha. Tiba-tiba esok kat Utusan keluar cerita ibu mertua mati dibom, cuak pulak aku.
Anyway, harini aku dapat satu emel yang agak sweet dan lucu:
"Hai. Saya blog reader Kahuna.
[....] <--- (ini part yang sweet, tapi aku taknak kopipes kat sini)
Awak mesti takkan reply email ni, saya tau. Entah baca pun tak. Tapi haritu kawan saya cakap dia hantar email, awak balas, jadi saya cuba je. Tapi saya fahamla kalau awak tak balas. Lagipun awak mesti tak banyak masa. Awak kan selalu sibuk, sebab tu awak budak genius.
[...]
Okey, bye!"
Haha, terima kasih, tapi aku bukan genius. Aku kenal beberapa orang yang betul-betul genius dalam hidup aku, dan aku tak rasa aku setaraf mereka. Jauh sangat. Lagipun korang menilai aku daripada penulisan kat Internet, padahal kat Internet ni semua jenis penipu ada.
Lagipun aku tak berapa paham sangat ayat 'budak genius' tu. Adakah disebabkan aku selalu sibuk, maka aku genius? Ini adalah sejenis syllogism yang klasik.
Syllogism adalah kenyataan yang nampak separa logik, tapi sebenarnya adalah salah sama sekali, seperti contoh di bawah:
"Tapir betina suka makan jambu air. Bustamam juga suka makan jambu air. Maka Bustamam adalah seekor tapir betina."
Macam mana pun aku masih berterima kasih atas emel yang dihantar. Ni aku balas siap buat entry lagi.
Nantila bila aku ada masa lapang, aku balas satu-satu emel. Insya-Allah.

MENULIS